Dewan Pelajar bulan Julai 2013, memuatkan tajuk penting dalam ejaan Jawi yang sering berlaku kekeliruan dalam kalangan pemula dan pengamal Jawi. Kaedah ini memerlukan latih tubi yang bukan sekali supaya pengamal Jawi dapat memahami dan menguasai kaedah ini dengan baik.
Hukum [a] + [a] yakni suku kata terbuka bertemu dengan KT=12 huruf (Konsonan Terakhir) yang terdiri daripada 12 huruf konsonan iaitu b, t, p, s, g, n, ny, c, y, k, j dan huruf m. Kaedah ini menggugurkan huruf vokal yakni padanan huruf alif di belakang.
Semoga kolum Belajar Jawi di Majalah Dewan Pelajar ini boleh dijadikan rujukan oleh para guru sebagai Bahan Bantu Mengajar atau medium utama Majalah Dalam Kelas. – al-Kurauwi
salam..mungkin boleh diakronimkan 12 huruf ini supaya memudahkan pelajar..TQ
Assalamu’alaikum,
Tuan Abu Aufa, sahih.
Banyak akronim yang dicadangkan antaranya “Betapa segannya cik jam”, “Betapa ganasnya cik jam”