KERJA & BIASA HUKUM BERBEZA

BUKAN Bintu Muhammad sahaja yang keliru mengeja kata ‘kerja’ dengan kata ‘biasa. Saya menerima banyak panggilan daripada anak murid.

Sebenarnya kata ker(ja) dan kata bia(sa) ialah dua kata yang berbeza. Kedua-duanya dieja dengan huruf yang sama iaitu menggunakan huruf alif dihujung. Sifirnya seperti yang berikut:

ker (KVK = suku kata tertutup) + ja (KV suku kata terbuka) = k(kaf) e(tidak dilambangkan) r (ra) j(jim) a(alif)

bia (KVV = suku kata terbuka) + sa (KV suku kata terbuka) = b(ba) i(ya) a (alif) s(sin) a(alif)

Tiada hukum khusus yang berlaku bagi mengeja kata kerja. Walau bagaimanapun kata biasa mengandungi dua hukum iaitu hukum ‘betapa ganasnya cik jam’ dan …a/…a. Oleh yang demikian itu kata biasa ada alif. Fahami kaedah, jangan keliru! – Doktor Jawi

2 thoughts on “KERJA & BIASA HUKUM BERBEZA”

    1. Terima kasih kerana bertanya.
      Untuk makluman ejaan bedak = be/dak

      BE = Vokal e pada “be” ialah e pepet maka ia tidak dipadankan dengan huruf Jawi
      DAK = KVK (jika vokal a di tengah-tengah maka ia digugurkan) ‘d’ = dal dan ‘K’ = qaf

      Manakala ejaan badak = ba/dak

      BA = Vokal a pada “ba” dipadankan dengan huruf Jawi “ba alif”
      DAK = KVK (jika vokal a di tengah-tengah maka ia digugurkan) ‘d’ = dal dan ‘K’ = qaf

      Kesimpulannya
      Kedua-dua kata pada suku kata terakhir “DAK” tidak ada alif (بادق)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s