ATURAN JAWI DALAM KOMPUTER

Komputer

Artikel kali ini akan membantu para pembaca untuk mengatur komputer masing-masing dengan format Jawi yang betul. Aturan komputer ini lebih mudah jika mengguna pakai perisian windows terutama versi windows 7 dan ke atas. Semoga ilmu Jawi yang dipelajari selama ini dapat dipraktikkan menerusi usaha kecil ini.

Langkah 1

Langkah pertama, klik menu “mula” di sebelah kiri komputer. Menu ini akan memaparkan menu program berupa data peribadi, dokumen, muzik, komputer, peranti dan lain-lain seperti paparan di bawah.

 

Langkah 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik butang “Panel Kawalan” untuk menambah fungsi sedia ada dalam komputer. Menu ini akan memaparkan konsol pengendali yang sedia ada dalam komputer seperti paparan di bawah. Klik butang “Menu Kawasan dan Bahasa” untuk menambah paparan bahasa dalam komputer seperti paparan di bawah.

 

Langkah 3

Langkah ketiga, klik untuk menambah paparan bahasa dalam komputer. Apabila kita menekan butang “Menu Kawasan dan Bahasa” butang ini akan memaparkan konsul baharu iaitu Format, Lokasi, Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa dan Panel Tadbir. Klik butang “Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa” untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.

Langkah 4

Langkah keempat, apabila kita menekan butang “Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa”, arahan baharu akan muncul iaitu “Ubah Papan Kekunci”. Menu ini akan memaparkan konsul baharu iaitu “Teks Servis dan Input Bahasa” seperti paparan di bawah. Klik butang “tambah” untuk menambah bahasa lain selain bahasa Inggeris.

 

Langkah 5

Langkah kelima, apabila kita menekan butang “tambah”, konsul baharu iaitu “Tambah Input Bahasa” akan muncul seperti paparan di bawah. Klik butang “Arab (Arab Saudi)” dan tandakan “Bahasa Arab 101”untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.

Langkah 6

 

Langkah keenam. Setelah menandakan “Bahasa Arab 101”, jangan lupa klik “ok” dan “tambah” di sebelah bawah kanan menu “Teks Servis dan Input Bahasa” seperti paparan di bawah. Jika kita menggunakan perisian windows xp, arahan pengesahan untuk menukar format komputer dari kanan ke kiri akan keluar. Setengah-setengah komputer akan meminta CD untuk diformatkan.

Langkah 7

Langkah ketujuh. Untuk mengetahui komputer kita sudah berjaya diformat atau tidak, sila lihat bahagian “Toolbars” iaitu di sebelah bawah palang skrin komputer terdapat palang bahasa EN/AR seperti paparan di bawah.

Langkah 8

Langkah kelapan, sebelum menaip, pastikan menu AR di skrin komputer kita diubah terlebih dahulu. Untuk memudahkan penaipan, kita boleh menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada.

 

Langkah 9

Langkah kesembilan, ialah langkah penaipan. Ada beberapa tatacara sebelum penaipan dapat dilakukan seperti yang berikut:

  • Oleh sebab papan kekunci kita didatangkan dengan huruf rumi, kita boleh menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada. Selain itu, kita boleh membeli pelekat huruf untuk ditampal di atas kekuncinya. Kaedah yang terbaik ialah menukar terus kepada Papan Kekunci Jawi yang baharu yang ada dijual.

 

  • Jika kita menggunakan “Papan Kekunci Maya”, pastikan menu EN di palang bawah skrin komputer kita diubah kepada AR iaitu menu bahasa Arab terlebih dahulu seperti paparan yang berikut.

OSKB EN

  • Apabila butang AR dipilih, automatik, papan kekunci maya akan bertukar kepada aksara Jawi seperti paparan yang berikut. Huruf gubalan Melayu “ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” boleh dimuat turun di http://www.jawiware.org/keyboard-untuk-jawi.

OSKB AR

  • Jika huruf gubalan Melayu “ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” tidak ada pada papan kekunci, huruf-huruf tersebut boleh dimasukkan dengan memilih menu “insert” dan pilih “simbol” seperti paparan berikut.

Simbol

  • Satu perkara penting, apabila kita memulakan untuk menulis di paparan Word, pastikan kita sudah mengubah arah aksara Jawi dari kanan ke kiri seperti paparan yang berikut:

Menu Kanan-Kiri

  • Pada pandangan penulis, jenis aksara yang terbaik dan mudah dibaca ialah jenis Sakkal Majalla bersaiz 18-20 seperti paparan yang berikut:

Jenis Aksara

Selamat mencuba dan selamat menulis! Semarak Jawi, Semarak Jati Diri! – al-Kurauwi

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s