EJAAN ‘BERUSAHA’

SOALAN

Assalamualaikum,

Ustaz macam mana nak eja kata “berusaha” yang betul. Saya nak tanya, kenapa huruf alif selepas sin tidak perlu ditulis bila kita eja “berusaha” dalam Jawi. Terima kasih.

JAWAPAN

Ain Syahirah, perkataan “berusaha” ialah gabungan imbuhan awalan ‘ber’ + ‘usaha’. Kata dasarnya ialah usaha. Usaha ialah tiga suku kata u/sa/ha = (v/kv/kv). Untuk makluman, kedua-dua suku kata terbuka (_a/_a) di akhir kata bukanlah mengikut kaedah _a/_a KT12 yang menggugurkan huruf alif di akhir kata. Hal ini kerana konsonan terakhirnya ialah huruf “H”.

Soalan daripada adik Ain ini ialah,  mengapa huruf alif selepas ‘sin’ tidak perlu ditulis?

Sebenarnya huruf alif tidak dipadankan dengan vokal alif selepas huruf ‘sin’ kerana kata ini menurut kaedah a-Ha.

Kaedah ini menemukan huruf alif (vokal a) pada suku kata pertama (suku kata terbuka), diikuti oleh suku kata terbuka (ha) pada suku kata kedua. Biasanya huruf alif pada suku kata pertama itu digugurkan terutama bagi mengeja kata jati Melayu yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih seperti contoh yang berikut:

a_Ha

KELIRU NOMBOR JAWI

Nombor

SOALAN

Saya menghadapi kekeliruan berkenaan kaedah penulisan nombor dalam tulisan jawi. Kekeliruan dan permasalahan yang saya hadapi adalah berkaitan dengan “dari” nombor “hingga ke” nombor. Permasalahan yang banyak timbul apabila menaip di komputer. Saya dimaklumkan penulisan nombor dalam jawi adalah dari kiri ke kanan.

Dilampirkan dokumen untuk rujukan pihak tuan berkenaan contoh-contoh kaedah penulisan tersebut untuk meminta pandangan dan kepastian. Harap pihak tuan dapat memberi respon yang dapat memberi kebaikan kepada semua.

A. TARIKH 1 (Contoh: 29 Januari 2014 – 4 Februari 2014)

B. TARIKH 2 (Contoh: 29 – 31 Januari 2014)

C. MASA 1 (Contoh: 7.15 – 8.15 pagi)

D. MASA 2 (Contoh: 11.15 pagi – 12.15 tengah hari)

E. PERNOMBORAN 1 (Contoh: Muka surat 7 – 12)

F. PERNOMBORAN 2 (Contoh kad pengenalan: 880818-08-0108)

G. PERNOMBORAN 1 (Contoh telefon: 03-88880808)

H. PERNOMBORAN 2 (Contoh jalan: Jalan 4/123)

I. PERNOMBORAN 5 (Contoh Rumah: Blok 10-2-9)

JAWAPAN

Sistem penomboran yang biasa digunakan dalam tulisan rumi diistilahkan sebagai Sistem Penomboran Arab (Hindu-Arabic Numerals). Ia ditulis dari kiri ke kanan: Contohnya adalah seperti yang berikut:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

A. TARIKH 1 (Contoh: 29 Januari 2014 – 4 Februari 2014)

2014

جانواري

4

2014

جانواري

29

Oleh sebab kita jawikan bulan Januari (Tulisan Jawi dari kanan kek kiri) maka nombor hari bulan akan ditulis sebelah kanan.

B. TARIKH 2 (Contoh: 29 – 31 Januari 2014)

2014

جانواري

29-31

Olh sebab ada dua nombor yang berturut-turut maka kedudukan nombor mestilah ditulis mengikut sistem penomboran rumi (kiri ke kanan). Manakala kedua-dua nombor itu ditulis sebelah kanan disebabkan kita jawikan bulan Januari (Tulisan Jawi dari kanan kek kiri)

Jika ditentukan tarikhnya seperti di atas (kanan ke kiri), maka nombor tahun itu (2014) juga sepatutnya ditulis dari kanan ke kiri)

Bagaimana jika aturan tarikh nombor belaka? Maka kekal nombor itu ditulis dari kiri ke kanan bukan menggunakan nombor Hindi/India seperti berikut

29 – 31/01/2014

C. MASA 1 (Contoh: 7.15 – 8.15 pagi)

ڤاݢي

7.15 – 8.15

Kaedah menulis masa, sama seperti menulis tarikh seperti contoh B. Tarikh 2

D. MASA 2 (Contoh: 11.15 pagi – 12.15 tengah hari)

تڠه هاري

12.15

ڤاݢي

11.15

Kaedah menulis masa, jika berbeza masanya yakni pagi dan petang, kedua-duanya hendaklah ditulis.

E. PERNOMBORAN 1 (Contoh: Muka surat 7 – 12, rumah: Blok, jalan)

7 -12

موک سورت

1092

بلوک    

 

Kaedah menulis masa, sama seperti menulis tarikh seperti contoh B. Tarikh 2 dan C.

F. PERNOMBORAN 9 (kad pengenalan, no. telefon)

880818-08-0108

Aturan sama dengan nombor tarikh. Maka kekal nombor itu ditulis dari kiri ke kanan.

Wallahu a’lam.

BERTANYALAH, BARU TAK SESAT

Peningkatan

PESERTA yang bagus bukan sahaja banyak bertanya dalam bengkel Jawi, malah masih tidak putus hubungan ‘kejawian’ dengan gurunya biarpun sudah tamat kursus. Saya gembira melayan mereka menerusi pertanyaan. Pertanyaan akan memandu kita agar tidak sesat di hujung jalan. Satu daripada banyak pertanyaan yang menyinggah Facebook atau e-mel atau adakalanya menerusi blog kecil ini.

Assalammualaikum ustaz, salam maal hijrah. Saya Sarina, pernah mengikuti program ustaz dalam program Pengkaedahan Jawi. Saya ada satu kemusykilan, nak tanya kat ustaz. Macam mana nak eja perkataan “peningkatan”. Harap ustaz sudi membantu. Syukran ya ustaz…

Wa’alaikumussalam, maaflah tak perasan ada sapaan daripada Puan Ina.
Untuk makluman, kaedah ejaan Peningkatan mestilah melalui tips yang pernah kita belajar sebelum ini.

1. Kenal pasti kad pengenalan kata itu. (kata Peningkatan itu ialah kata Melayu Jati)

2. Cari kata dasar (Tingkat) imbuhannya ialah Pe – an.

3. Penggal suku kata. (Ting/kat)

4. Letakkan konsonan atau vokal (Ting/kat = kvk/kvk)

5. Lihat hukum. (Ada kaedah KVK, vokal a di tengah-tengah = gugur alif)

     oleh itu ejaan tingkat = تيڠکت

     Balik semula kepada kata imbuhan.

Masukkan penggal (pe/ning/ka/tan) tan = KVK (maka vokal a digugurkan.

Ejaannya = ڤنيڠکتن….

HUKUM A-A + KT=12

Hukum a-a

Dewan Pelajar bulan Julai 2013, memuatkan tajuk penting dalam ejaan Jawi yang sering berlaku kekeliruan dalam kalangan pemula dan pengamal Jawi. Kaedah ini memerlukan latih tubi yang bukan sekali supaya pengamal Jawi  dapat memahami dan menguasai kaedah ini dengan baik.

Hukum [a] + [a] yakni suku kata terbuka bertemu dengan KT=12 huruf (Konsonan Terakhir) yang terdiri daripada 12 huruf konsonan iaitu b, t, p, s, g, n, ny, c, y, k, j dan huruf m. Kaedah ini menggugurkan huruf vokal yakni padanan huruf alif di belakang.

Semoga kolum Belajar Jawi di Majalah Dewan Pelajar ini boleh dijadikan rujukan oleh para guru sebagai Bahan Bantu Mengajar atau medium utama Majalah Dalam Kelas. – al-Kurauwi

 

HAMZAH SELEPAS BER?

“KENAPA letakkan huruf hamzah selepas ber?” Tanya seorang kawan. Setelah Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi, bertubi rakan-rakan baharu bertanya khabar. Maaf lambat saya menjawabnya. Banyak tuntutan fardu lain yang terpaksa didahulukan. “Adakah wujud hukum baharu selepas persidangan?” Tanya kawan itu lagi. “Seolah-olah selepas kata dasar yang diawali dengan huruf alif hendaklah diletakkan hamzah?” Rungutnya lagi. Saya jawab, tiada hukum hamzah bertopi alif  [ber + alif] Kalau tak percaya, cuba lihat apa kata Za’ba.

CUBA TEKA EJA

PELIK BIN AJAIB. Bagaimana produk jus jambu seperti ini boleh tembus ke pasaran kita. 🙂 Sekali-sekali rasa tawar nak menelan isinya. Nak kata bahasa Arab bukan, Jawi pun bukan. Yang pasti ejanya lintang pukang. Tulisannya bagai memenuhi syarat untuk ‘menghalalkan’ pengeluarannya.

Yang pernah belajar Jawi, siapa berani meneka? – Doktor Jawi

HAMZAH DI ATAS ALIF

 

DALAM Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, huruf hamzah mempunyai fungsi dan kedudukannya yang tersendiri. Kekeliruan sering kali timbul dalam memahami fungsi huruf hamzah di atas huruf alif. Berasaskan kaedah, huruf hamzah diletakkan di atas huruf alif, apabila kata dasar yang diawali oleh huruf alif diimbuhkan dengan awalan di-, ke- dan se-.

Berasaskan contoh di atas, kata ‘(a)ngkat’ ialah kata dasar yang diawali dengan huruf alif dan ‘di’ ialah kata imbuhannya. Maka sewajarnya huruf alif pada kata ‘diangkat’ diletakkan hamzah di atasnya. Perlu diingat, huruf hamzah di atas alif berperanan sebagai persempadanan atau pemisah di antara kata depan (di-, ke-, se-) dengan kata dasar yang berawalkan huruf alif. Huruf hamzah bukanlah lambang kepada fonem seperti yang berlaku kepada hamzah qat’i dalam bahasa Arab. Selain fungsinya sebagai pemisah, ia juga bertujuan untuk mengelak kekeliruan menyebutnya. Tanpa hamzah, kata itu boleh dibaca sebagai ‘dangkat’. – Doktor Jawi