SIFIR JAWI

ANTARA RUNGUTAN yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf konsonan.

Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37 huruf itu. Tanpa bahan bantu mengajar, berupa paparan di dinding atau bahan sokongan yang lain atau terlalu bergantung kepada ilmu ‘rasa’ menyebabkan kesilapan akan mudah berlaku.

Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan ialah dengan membuat sifir Jawi. Percayakah anda, jika ilmu matematik memerlukan sifir, ilmu Jawi juga memerlukan kaedah yang sama. Kedua-duanya merupakan ilmu kemahiran. Semakin diasuh dan diasah ditambah dengan kreativiti pendidiknya maka cepatlah mahirnya. Berikut ialah contoh kad sifir Jawi yang diperkenalkan oleh Ustazah Dalilah Desa dari SK Membedai, Labuan.

Kad Dalil

“Kad Dalil” seperti ini sangat penting untuk diperbanyakkan atau dipaparkan buat pandangan khalayak. Sifir Kad Dalil ini (dalam bentuk draf) akan memudahkan pengamal Jawi membuat padanan. Jika kad ini dibuat penambahbaikan lagi, bukan sahaja padanan dari satu huruf ke satu huruf bahkan membantu anak-anak  kita membuat padanan bentuk dan kaedah penyambungan huruf. Hal ini kerana huruf tunggal dengan huruf bersambung kaedah menulis dan meletakkan titiknya berbeza. Hanya dengan sedikit kreativiti, manfaatnya akan panjang, lama dan besar pahalanya. – al-Kurauwi

Advertisements

ATURAN MENINGGIKAN HURUF HAMZAH 3/4

SATU LAGI ATURAN yang penting sewaktu membicarakan huruf hamzah oleh pengamal-pengamal Jawi ialah memastikan huruf hamzah cukup ketinggiannya dan sempurna bentuk dan saiznya. Huruf hamzah yang di’superscript’kan akan membantutkan bentuknya. Huruf hamzah seperti ini akan tinggi juga tetapi saiznya tidak tepat.

Bagi memastikan bentuk dan saiz huruf hamzah bertepatan dengan aturan yang ditetapkan maka beberapa langkah perlu dilakukan sewaktu menaip menggunakan komputer (terutamanya program word) seperti yang berikut:

1. Taipkan huruf hamzah. Cadangan fon yang terbaik ialah “Sakkal Majalla”.

2. Tandakan dengan menggelapkan (Highlight) huruf hamzah.

3. Klik tetikus di sebelah kanan atau dapatkan format fon di sebelah atas menu “word” dan pilih fon.

Hamzah 1

4. Apabila keluar pop-up fon. Klik “Font”

Hamzah 2

5. Setelah klik, perhatikan menu “font”. Di penjuru atas kiri ada dua pilihan iaitu “font” dan “Character spacing”. Klik “Character spacing”.

Hamzah 3

6. Pada baris ketiga sebelah kiri, ada kotak kedudukan (Position). Apabila bahagian itu diklik, maka akan keluar pop-up tiga pilihan kedudukan iaitu “Normal”, “Raised” dan “Lowered”. Klik “Raised” untuk meninggikan huruf hamzah.

Hamzah 4

7. Kotak kecil di kanan (setentang dengan position) biasanya memuatkan angka 3 poin. Bagi fon Jawi saiznya ialah 18-20. Oleh yang demikian, ketinggian huruf hamzah yang digelapkan tadi sebaik-baiknya setinggi 5 poin.

8. Hasilnya huruf hamzah akan naik tiga suku huruf alif atau tiga suku daripada garis dasar. Ingat, semakin besar saiz fon huruf itu, maka semakin bertambah ketinggiannya. Selamat mencuba!

ATURAN JAWI DALAM KOMPUTER

Komputer

Artikel kali ini akan membantu para pembaca untuk mengatur komputer masing-masing dengan format Jawi yang betul. Aturan komputer ini lebih mudah jika mengguna pakai perisian windows terutama versi windows 7 dan ke atas. Semoga ilmu Jawi yang dipelajari selama ini dapat dipraktikkan menerusi usaha kecil ini.

Langkah 1

Langkah pertama, klik menu “mula” di sebelah kiri komputer. Menu ini akan memaparkan menu program berupa data peribadi, dokumen, muzik, komputer, peranti dan lain-lain seperti paparan di bawah.

 

Langkah 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik butang “Panel Kawalan” untuk menambah fungsi sedia ada dalam komputer. Menu ini akan memaparkan konsol pengendali yang sedia ada dalam komputer seperti paparan di bawah. Klik butang “Menu Kawasan dan Bahasa” untuk menambah paparan bahasa dalam komputer seperti paparan di bawah.

 

Langkah 3

Langkah ketiga, klik untuk menambah paparan bahasa dalam komputer. Apabila kita menekan butang “Menu Kawasan dan Bahasa” butang ini akan memaparkan konsul baharu iaitu Format, Lokasi, Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa dan Panel Tadbir. Klik butang “Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa” untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.

Langkah 4

Langkah keempat, apabila kita menekan butang “Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa”, arahan baharu akan muncul iaitu “Ubah Papan Kekunci”. Menu ini akan memaparkan konsul baharu iaitu “Teks Servis dan Input Bahasa” seperti paparan di bawah. Klik butang “tambah” untuk menambah bahasa lain selain bahasa Inggeris.

 

Langkah 5

Langkah kelima, apabila kita menekan butang “tambah”, konsul baharu iaitu “Tambah Input Bahasa” akan muncul seperti paparan di bawah. Klik butang “Arab (Arab Saudi)” dan tandakan “Bahasa Arab 101”untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.

Langkah 6

 

Langkah keenam. Setelah menandakan “Bahasa Arab 101”, jangan lupa klik “ok” dan “tambah” di sebelah bawah kanan menu “Teks Servis dan Input Bahasa” seperti paparan di bawah. Jika kita menggunakan perisian windows xp, arahan pengesahan untuk menukar format komputer dari kanan ke kiri akan keluar. Setengah-setengah komputer akan meminta CD untuk diformatkan.

Langkah 7

Langkah ketujuh. Untuk mengetahui komputer kita sudah berjaya diformat atau tidak, sila lihat bahagian “Toolbars” iaitu di sebelah bawah palang skrin komputer terdapat palang bahasa EN/AR seperti paparan di bawah.

Langkah 8

Langkah kelapan, sebelum menaip, pastikan menu AR di skrin komputer kita diubah terlebih dahulu. Untuk memudahkan penaipan, kita boleh menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada.

 

Langkah 9

Langkah kesembilan, ialah langkah penaipan. Ada beberapa tatacara sebelum penaipan dapat dilakukan seperti yang berikut:

  • Oleh sebab papan kekunci kita didatangkan dengan huruf rumi, kita boleh menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada. Selain itu, kita boleh membeli pelekat huruf untuk ditampal di atas kekuncinya. Kaedah yang terbaik ialah menukar terus kepada Papan Kekunci Jawi yang baharu yang ada dijual.

 

  • Jika kita menggunakan “Papan Kekunci Maya”, pastikan menu EN di palang bawah skrin komputer kita diubah kepada AR iaitu menu bahasa Arab terlebih dahulu seperti paparan yang berikut.

OSKB EN

  • Apabila butang AR dipilih, automatik, papan kekunci maya akan bertukar kepada aksara Jawi seperti paparan yang berikut. Huruf gubalan Melayu “ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” boleh dimuat turun di http://www.jawiware.org/keyboard-untuk-jawi.

OSKB AR

  • Jika huruf gubalan Melayu “ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” tidak ada pada papan kekunci, huruf-huruf tersebut boleh dimasukkan dengan memilih menu “insert” dan pilih “simbol” seperti paparan berikut.

Simbol

  • Satu perkara penting, apabila kita memulakan untuk menulis di paparan Word, pastikan kita sudah mengubah arah aksara Jawi dari kanan ke kiri seperti paparan yang berikut:

Menu Kanan-Kiri

  • Pada pandangan penulis, jenis aksara yang terbaik dan mudah dibaca ialah jenis Sakkal Majalla bersaiz 18-20 seperti paparan yang berikut:

Jenis Aksara

Selamat mencuba dan selamat menulis! Semarak Jawi, Semarak Jati Diri! – al-Kurauwi

 

ATURAN JAWI DALAM TELEFON BIMBIT

Bagaimana mengatur gajet atau telefon bimbit anda berasaskan format Jawi? Seperti komputer, gajet atau telefon sebenarnya boleh diformatkan berasaskan format Arab. Hanya dengan memuat turun beberapa aksara Jawi, kita sudah mampu menaip Jawi.

Artikel ini akan membantu para pembaca mengatur telefon bimbit masing-masing dengan format Jawi yang betul. Aturan telefon bimbit ini lebih mudah jika pembaca menggunakan telefon bimbit jenis Samsung atau yang sejenis dengannya. Cuba dahulu, baru tahu!

Play storeLangkah pertama, klik “Google Play” atau “Play Store” dalam senarai aplikasi yang memaparkan menu program dalam telefon atau gajet kita.

Langkah kedua, klik butang “Carian pada Play Store” kemudian mulakan carian dengan menaip “Multiling Keyboard”. Mulakan dengan muat turun. Pastikan di sebelah kanan dan bawah tertulis ‘percuma’.

Langkah ketiga, klik butang “Carian pada Play Store” sekali lagi kemudian mulakan carian dengan menaip “Plug in Jawi”.

plugin jawiLangkah keempat, setelah kita memuat turun “Plugin Jawi” kembali semula ke menu aplikasi. Pastikan menu “Multiling Keyboard” seperti gambar di bawah sudah berada dalam senarai aplikasi anda. Pada langkah yang keempat klik menu “Multiling Keyboard”. Sebaik sahaja menu tersebut diklik, satu senarai arahan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Multiling KeyboardLangkah kelima, patuhi arahan seperti yang diminta iaitu

  1. Enable Multiling – Arahan ini meminta kita supaya menghidupkan MultiLing Keyboard dalam telefon bimbit yang sudah dimuat turun.
  2. Switch IME to MultiLing – Arahan ini meminta kita supaya menukar aturan daripada papan kekunci Samsung kepada papan kekunci MultiLing
  3. Download Language Plug-ins – Arahan ketiga ini sudah kita patuhi ketika memuat turun “Plug in Jawi” pada langkah ketiga.
  4. Enable Languages- Arahan yang keempat ini meminta kita memilih bahasa Melayu (Jawi) dalam senarai bahasa yang dikemukakan.

UjianKeempat-empat langkah ini boleh diuji dengan menaipnya pada ruang yang disediakan seperti gambar di bawah:

Untuk menukar papan kekunci aksara rumi kepada aksara Jawi, tekan beberapa saat palang penjarak (space bar). Satu paparan bahasa akan muncul di skrin. Tanpa melepaskan jari, seret ke menu bahasa Melayu (bertulisan Jawi).

Nah secara automatik, kita akan dapati aksaranya sudah berubah ke aksara Jawi. Selamat mencuba!

 

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ESEI JAWI 2013

Keputusan Esei Jawi

KATEGORI A – TERBUKA : BERUMUR 19 – 35 TAHUN

JOHAN

Wan Rusdiah Binti Salehudin
Sek Rendah Agama Kg Medan (2) Km 12, Jln Klang Lama, 46000 Petaling Jaya Selangor

NAIB JOHAN

Rosnani Bt Hamid
No 5837 Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

TEMPAT KETIGA

Afifah Bt Ahmad Azizi
Universiti Teknologi Malaysia, UTM, 81310 Skudai, Johor

SAGUHATI

Amalina Bt Umar
CI-4 Kuarters Institusi Pendidikan SK.Gombak Utara Km 11 Jln Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Nur Akmal Bt Mahmood
SK LKTP Tembawgau 6, Kemayan Pahang

Fakhriah Bt Ali Hassan
Km 17, Kg Serkam, Jln Budiman, 77300 Merlimau, Melaka

Roziana Bt Sukardi
Fakulti Sains Sosial, Univertsiti Malaysia Sarawak, 44300 Kota Samarahan, Sarawak

Adilah Hazwani Bt Badri
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 08200 Sik, Kedah

Nur Aqiella Bt Che Aziz
SMK Agama Kuala Lumpur, Bandar Manjalara, Kepong, 52200
Kuala Lumpur

Salha Bt Mohd Saleh
SK Seremban 2B, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

KATEGORI B – PELAJAR SEKOLAH MENENGAH : BERUMUR 13 – 18 TAHUN

JOHAN

Maizatul Manja binti Soleha
SMK. Bandar Banting, Persiaran Majlis, 42700 Banting Selangor

NAIB JOHAN

Nor Aniza binti Mad Azeri
Maktab Mahmud Alor Star, Persiaran Sultan Abd.Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah

TEMPAT KETIGA
Muhammad Amir Faisal bin Marhaidi
SM Agama Persekutuan Labu, Km 11, Jalan Labu 71900 Labu,
Negeri Sembilan

SAGUHATI

Aina Aqilah bt Mohd Noor
SMK. Wangsa Melawati, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Amirah Zakiah binti Rosihidin
S.A.M Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

Norizan binti Miswadi
SMK. Agama Segamat Km 5, Jalan Ge Nuang, 85000 Segamat, Johor

Nor Laili Shahira bt Mohd Noor
Batu 48, Jalan Weng Maktab Mahmud, 09100 Baling, Kedah

Afaf Azzah Rawani binti Hashim
SMK Agama Slim River 35800 Slim River, Perak

Wan Nur Adlina binti Wan Anuar
SMK. Agama Maahad Hamidah, Jalan Sungai Ramai Luar,43000 Kajang, Selangor

Nur Fitriah binti Samsul Hadi
SMK. Dato’ Sheikh Ahmad, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

KATEGORI C – PELAJAR SEKOLAH RENDAH : BERUMUR 9 – 12 TAHUN

JOHAN

Nur Syairah bt Mohd Adib
SK Sg Lang 42700 Banting, Selangor

NAIB JOHAN

Wan Muhammad Adib Wan Roslan
Sek. Keb Bukit Jalil, Jalan 3/155A Bukit Jalil Golf Resort, 57100 Kuala Lumpur

TEMPAT KETIGA

Ain Munira bt Roslee
SK. Majidi Bharu, Jalan Cempaka, Mejidee Bharu 81100 Johor

SAGUHATI

Mohd Adham Nazmi bin Yusoff
Sek Kebangsaan Tmn Uda, Lebuhraya Sultanah

Nurina Batrisya bt Jaswadi
Sek Keb Sg.Lang, 42700 Banting, Selangor

Amirul Syahid bin Khirham
Sek Keb Serkam Km 18 Jalan Serkam Pantai 77300 Merlimau, Melaka

Idlan Zafran bin Zaidie
Sek Ren Sri Al-Amin Bangi Lot 8796, Kg Sg Tangkas, Batu 18 Jln Reko,83000 Kajang

Nur Shahirah bt Shaifol Azman
SK Convent Kota, Taiping Jln Convent, 34000 Taiping, Perak

Arifah Danishah bt Abd Ra’ani
Sek Ren Sri Al-Amin Bangi Lot 8796, Kg Sg Tangkas, Batu 18 Jln Reko,83000 Kajang

Amirul Azmin bin Ahmad Shahir
SK Taman Bukit Maluri, Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, 52100 Kepong

ANUGERAH KHAS JURI (PENYERTAAN TERBAIK BUKAN MELAYU)

Nivetha A/P Thyagarajah
Sk Raja Chulan, Desa Cempaka 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan

SENI JAWI NUSANTARA

Seni Jawi Nusantara

Syarat dan Peraturan

1. Terbuka kepada pelajar sekolah menengah
2. Terbahagi kepada 2 kategori :
a. A (13-15 Tahun)
b. B (16-17 Tahun)
3. Penyertaan secara individu
4. Tulis lirik lagu Negaraku dalam tulisan jawi dan hias mengikut kreativiti
5. Media tulisan – terbuka
6. Media hiasan – warna air (water colour) atas kertas, setiap ruang harus dihias penuh
7. Jenis dan saiz kertas – drawing block berukuran 37.5cm x 27cm
8. Karya haruslah asli, dihasilkan dengan tangan dan penggunaan komputer tidak dibenarkan
9. Gam borang penyertaan dbelakang kertas tulisan
10. Hasil karya tidak boleh dibingkaikan
11. Hasil karya akan menjadi hakmilik penganjur termasuk hakcipta untuk reproduksi dalam berbagai bentuk dan cara untuk pelbagai tujuan

Kriteria Penghakiman

1. Penghakiman berdasarkan ejaan, tulisan, hiasan, keunikan dan kreativiti
2. Penyertaan yang tidak menepati syarat serta format penghantaran tidak layak untuk dinilai
3. Keputusan hakim adalah muktamad

PERTANDINGAN ESEI JAWI 2013

Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013

Objektif pertandingan antaranya ialah untuk menggemilangkan dan memperkasakan kembali penggunaan tulisan Jawi sebagai seni warisan budaya bangsa. Selain itu, memupuk minat dan kecintaan ke arah penyemarakkan tulisan Jawi dan menggalakkan generasi muda untuk menguasai tulisan Jawi agar terus menjadi lambang ketamadunan dan keperibadian bangsa Melayu. Berikut disenaraikan tajuk esei mengikut kategori.

Tajuk Pertandingan Esei Jawi 2013
Tajuk Pertandingan Esei Jawi 2013