ATURAN MENINGGIKAN HURUF HAMZAH 3/4

SATU LAGI ATURAN yang penting sewaktu membicarakan huruf hamzah oleh pengamal-pengamal Jawi ialah memastikan huruf hamzah cukup ketinggiannya dan sempurna bentuk dan saiznya. Huruf hamzah yang di’superscript’kan akan membantutkan bentuknya. Huruf hamzah seperti ini akan tinggi juga tetapi saiznya tidak tepat.

Bagi memastikan bentuk dan saiz huruf hamzah bertepatan dengan aturan yang ditetapkan maka beberapa langkah perlu dilakukan sewaktu menaip menggunakan komputer (terutamanya program word) seperti yang berikut:

1. Taipkan huruf hamzah. Cadangan fon yang terbaik ialah “Sakkal Majalla”.

2. Tandakan dengan menggelapkan (Highlight) huruf hamzah.

3. Klik tetikus di sebelah kanan atau dapatkan format fon di sebelah atas menu “word” dan pilih fon.

Hamzah 1

4. Apabila keluar pop-up fon. Klik “Font”

Hamzah 2

5. Setelah klik, perhatikan menu “font”. Di penjuru atas kiri ada dua pilihan iaitu “font” dan “Character spacing”. Klik “Character spacing”.

Hamzah 3

6. Pada baris ketiga sebelah kiri, ada kotak kedudukan (Position). Apabila bahagian itu diklik, maka akan keluar pop-up tiga pilihan kedudukan iaitu “Normal”, “Raised” dan “Lowered”. Klik “Raised” untuk meninggikan huruf hamzah.

Hamzah 4

7. Kotak kecil di kanan (setentang dengan position) biasanya memuatkan angka 3 poin. Bagi fon Jawi saiznya ialah 18-20. Oleh yang demikian, ketinggian huruf hamzah yang digelapkan tadi sebaik-baiknya setinggi 5 poin.

8. Hasilnya huruf hamzah akan naik tiga suku huruf alif atau tiga suku daripada garis dasar. Ingat, semakin besar saiz fon huruf itu, maka semakin bertambah ketinggiannya. Selamat mencuba!

2 thoughts on “ATURAN MENINGGIKAN HURUF HAMZAH 3/4”

    1. Salam Nazri,

      Kata “Dieja” = imbuhan di + kata dasar eja

      Kaedah Jawi meletakkan hamzah di atas alif, dengan syarat kata dasarnya bermula huruf alif (ايجا) dan pada masa yang sama kata dasarnya didatangi dengan imbuhan di, se dan ke)

      oleh sebab itu ejaan ‘dieja’ = دأيجا
      Kata “eja” sahaja dieja tanpa hamzah di atas alif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s