SIFIR JAWI

ANTARA RUNGUTAN yang sering kedengaran daripada guru-guru pembimbing mata pelajaran Jawi ialah kerapnya berlakunya kesalahan memadankan tulisan rumi kepada Jawi dalam kalangan murid-murid. Sama ada kesalahan pada padanan huruf vokal mahupun padanan huruf konsonan.

Puncanya ialah apabila kita mengharapkan pelajar kita menghafal huruf-huruf Jawi sebanyak 37 huruf itu. Tanpa bahan bantu mengajar, berupa paparan di dinding atau bahan sokongan yang lain atau terlalu bergantung kepada ilmu ‘rasa’ menyebabkan kesilapan akan mudah berlaku.

Salah satu kaedah yang terbaik untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan ialah dengan membuat sifir Jawi. Percayakah anda, jika ilmu matematik memerlukan sifir, ilmu Jawi juga memerlukan kaedah yang sama. Kedua-duanya merupakan ilmu kemahiran. Semakin diasuh dan diasah ditambah dengan kreativiti pendidiknya maka cepatlah mahirnya. Berikut ialah contoh kad sifir Jawi yang diperkenalkan oleh Ustazah Dalilah Desa dari SK Membedai, Labuan.

Kad Dalil

“Kad Dalil” seperti ini sangat penting untuk diperbanyakkan atau dipaparkan buat pandangan khalayak. Sifir Kad Dalil ini (dalam bentuk draf) akan memudahkan pengamal Jawi membuat padanan. Jika kad ini dibuat penambahbaikan lagi, bukan sahaja padanan dari satu huruf ke satu huruf bahkan membantu anak-anak  kita membuat padanan bentuk dan kaedah penyambungan huruf. Hal ini kerana huruf tunggal dengan huruf bersambung kaedah menulis dan meletakkan titiknya berbeza. Hanya dengan sedikit kreativiti, manfaatnya akan panjang, lama dan besar pahalanya. – al-Kurauwi

2 thoughts on “SIFIR JAWI”

  1. Salam tuan…
    Saya sedang mencari Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi kedua…Dimana saya boleh dapatkan???Boleh online ke??Saya telah mencari buku tersebut sekitar KL dan Selangor..Tetapi tidak menjumpainya…Tq

    1. Untuk makluman Syazwan,
      DKBM Edisi Kedua sudah tiada lagi di pasaran. Saya difahamkan DBP sedang usahakan penerbitan untuk Edisi Ke-3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s