ESEI JAWI 1 MALAYSIA

Pertandingan Menulis Esei Jawi 1 Malaysia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dibahagikan kepada 3 Kategori Pertandingan.  A :    ( Terbuka ) berumur 19 – 35 tahun, kategori B  :    Pelajar Sekolah Menengah berumur 16 – 18 tahun dan kategori C :    ( Terbuka ) bukan Melayu berumur 16 – 35 tahun. Tajuk-tajuk esei dan borang pertandingan boleh diperoleh di Laman web resmi : http://www.jkkn.gov.my

Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan SEBELUM ATAU PADA 31 OGOS 2012 kepada :-

Urus Setia
Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tingkat 4, Blok F
Kompleks Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn
50610 Kuala Lumpur

( u.p : Bahagian Pengembangan Seni )

 
No. Tel. :  03 – 2614 8200          Faks :  03 – 2697 0891
Email: rahmat@jkkn.gov.my

Advertisements

KLINIK JAWI DI IKIM.FM

Semangatnya saya kira hasil daripada gagasan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Kedua pada 5-6 Disember 2011 yang lalu dengan kerjasama, UPSI dan PNM. Saya juga turut dipelawa membentangkan kertas kerja dan pantas meneliti fenomena Mahir Jawi di TV9. Saya memilih tajuk “Pengajaran Tulisan Jawi/Khat Dalam Media Massa: Tumpuan Kajian Kepada Perbandingan Pengajaran Jawi Antara Program Belajar Tulisan Jawi di RTM Dengan Program Mahir Jawi di TV9″. Saya merumuskan,

Pengajaran dan pembelajaran Jawi memerlukan satu Jawatankuasa Penyelarasan Bidang Penyiaran Bahasa Melayu daripada pihak berwajib yang berfungsi memartabatkan bahasa Melayu dan menyemarakkan semula tulisan Jawi. Jawatankuasa ini akan menghimpunkan kelompok pakar yang berfungsi sebagai  badan penapis, memperbanyakkan program dan menyelaraskan rancangan-rancangan di stesen TV (RTM, TV3, TV9, Astro, TV al-Hijrah dan lain-lain).

Tahniah atas usaha Perpustakaan Negara Malaysia di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Usaha yang tidak kenal penat melalui kempen Pembudayaan Tulisan Jawi dengan mengadakan program Semarak Jawi, Gegar Jawi dan aktiviti Klinik Jawi, Doktor Jawi setiap tahun diharap dapat memberi impak yang lebih efektif.

Sewaktu berada di perut konti, saya sedar mengajar si celik masakan sama dengan mengajar si buta! Panduan dan rujukan Klinik Jawi boleh didapati melalui laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia. Segala komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada sahabat pendengar terhadap program Klinik Jawi ini sangat-sangat dialu-alukan supaya dapat memberi impak yang lebih kepada khalayak. E-melkan kepada say:a azman_a@dbp.gov.my atau pegawai PNM sendiri Cik Azila: nor_azila@pnm.my. Semarak Jawi Semarak Jati Diri!

NILAI POP KEPADA JAWI

TENGAH HARI tadi, saya menerima satu pesanan ringkas daripada Hajah Che Siah PENJAWIS katanya: “Baca isu tulisan Jawi dalam kalangan orang muda dan pendapat Pakar Jawi  Dr. Ding Choo Ming dalam Sunday Star Today. Ustaz tolong simpan akhbar ini.”

Jawi is indeed last, if it is even on the list of many young people, but can you blame them, asks local Jawi expert Dr Ding Choo Ming.

Although there have been various efforts to promote Jawi among the young, many are still not interested, he says.

“The main reason, I think, is because it is not used in the mass media these days and there is no pop culture or fun element in it, unlike Korean or Japanese. There is also less economic value in the script, so many young people are not compelled to learn it,” he adds.

Ironically, it was for the same reason he got interested in Bahasa Melayu studies and mastered Jawi when he was younger, Dr Ding recalls.

“I used to listen to the radio all the time Malay literature and culture was big in the popular culture then. Of course, Jawi was also more in use then, and we had Jawi paper,” says the 50-something Sitiawan local who studied in a Chinese school. Crucially, he adds, there was more economic value in it.

 

EID AL-MUBARAK


Salam Eid al-Mubarak buat seluruh warga Klinik Jawi dan peserta kursus yang mengenali dan berkunjung ke laman kecil ini. Ampun maaf atas segala tutur kata sepanjang pertemuan kita. Moga ilmu Jawi yang dipelajari sentiasa kekal di sanubari. Selamat Hari Raya, Taqabbalallah minna waminkum.

HAYATI SEMULA TULISAN JAWI

 

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) akan mengadakan Bengkel “Penghayatan Semula Tulisan Jawi” yang akan dikendalikan oleh dua orang pakar  yang  berpengalaman luas dalam bidang penulisan Jawi, iaitu Tuan Haji Hamdan b. A. Rahman dan Tuan Haji Azman b. Haji Ahmad. Bengkel ini terbuka kepada semua pihak yang berminat dan PADAT amat mengalu-alukan penyertaan secara berkumpulan. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM 100.00 dan para peserta akan menerima beg, nota, cenderamata istimewa dari PADAT, sijil penyertaan  serta makan dan minum. Yuran boleh dibayar secara tunai atau melalui Pesanan Kerajaan (L.O.).

KERJA & BIASA HUKUM BERBEZA

BUKAN Bintu Muhammad sahaja yang keliru mengeja kata ‘kerja’ dengan kata ‘biasa. Saya menerima banyak panggilan daripada anak murid.

Sebenarnya kata ker(ja) dan kata bia(sa) ialah dua kata yang berbeza. Kedua-duanya dieja dengan huruf yang sama iaitu menggunakan huruf alif dihujung. Sifirnya seperti yang berikut:

ker (KVK = suku kata tertutup) + ja (KV suku kata terbuka) = k(kaf) e(tidak dilambangkan) r (ra) j(jim) a(alif)

bia (KVV = suku kata terbuka) + sa (KV suku kata terbuka) = b(ba) i(ya) a (alif) s(sin) a(alif)

Tiada hukum khusus yang berlaku bagi mengeja kata kerja. Walau bagaimanapun kata biasa mengandungi dua hukum iaitu hukum ‘betapa ganasnya cik jam’ dan …a/…a. Oleh yang demikian itu kata biasa ada alif. Fahami kaedah, jangan keliru! – Doktor Jawi