KLINIK JAWI DI IKIM.FM

Semangatnya saya kira hasil daripada gagasan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Kedua pada 5-6 Disember 2011 yang lalu dengan kerjasama, UPSI dan PNM. Saya juga turut dipelawa membentangkan kertas kerja dan pantas meneliti fenomena Mahir Jawi di TV9. Saya memilih tajuk “Pengajaran Tulisan Jawi/Khat Dalam Media Massa: Tumpuan Kajian Kepada Perbandingan Pengajaran Jawi Antara Program Belajar Tulisan Jawi di RTM Dengan Program Mahir Jawi di TV9″. Saya merumuskan,

Pengajaran dan pembelajaran Jawi memerlukan satu Jawatankuasa Penyelarasan Bidang Penyiaran Bahasa Melayu daripada pihak berwajib yang berfungsi memartabatkan bahasa Melayu dan menyemarakkan semula tulisan Jawi. Jawatankuasa ini akan menghimpunkan kelompok pakar yang berfungsi sebagai  badan penapis, memperbanyakkan program dan menyelaraskan rancangan-rancangan di stesen TV (RTM, TV3, TV9, Astro, TV al-Hijrah dan lain-lain).

Tahniah atas usaha Perpustakaan Negara Malaysia di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Usaha yang tidak kenal penat melalui kempen Pembudayaan Tulisan Jawi dengan mengadakan program Semarak Jawi, Gegar Jawi dan aktiviti Klinik Jawi, Doktor Jawi setiap tahun diharap dapat memberi impak yang lebih efektif.

Sewaktu berada di perut konti, saya sedar mengajar si celik masakan sama dengan mengajar si buta! Panduan dan rujukan Klinik Jawi boleh didapati melalui laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia. Segala komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada sahabat pendengar terhadap program Klinik Jawi ini sangat-sangat dialu-alukan supaya dapat memberi impak yang lebih kepada khalayak. E-melkan kepada say:a azman_a@dbp.gov.my atau pegawai PNM sendiri Cik Azila: nor_azila@pnm.my. Semarak Jawi Semarak Jati Diri!

Advertisements