“PUASA” YANG “BINASA”

KAEDAH mengeja Jawi bagi perkataan “BINASA” tidak sama dengan kaedah yang dipakai ketika mengeja perkataan “BIASA” atau “PUASA”. Cuba kita lihat bagaimana ejaan “PUASA” dalam Jawi:

1. Pua.sa = Kata Melayu Jati yang terdiri daripada dua suku kata. Kedua-duanya ialah suku kata terbuka berpola ..a/..a

2. Dalam ejaan Jawi, jika kedua-dua suku kata ialah suku kata terbuka berpola ..a/..a di hujung kata kemudian diikuti dengan konsonan terakhir termasuk dalam kumpulan 12 huruf (ba, ta, pa, sin, ga, nun, nya, ca, ya, kaf, jim dan mim.)

3. Huruf vokal a, pada suku kata terakhir itu digugurkan = pa.wau.alif.sin

4. Oleh sebab ejaan “PUASA” (pa.wau.alif.sin) berhomograf dengan ejaan “PUAS” (pa.wau.alif.sin) maka ejaan “PUASA” dikekalkan asal alifnya = pa.wau.alif.sin.alif 

Berasaskan kaedah tersebut, perkataan “BINASA” tidak sama dengan kaedah yang dipakai pada perkataan “PUASA” kerana perkataan “BINASA” tidak berhomograf dengan kata “BINAS”. Wujudkah kata “BINAS” dalam kamus Melayu kita? – Klinik Jawi.

3 thoughts on ““PUASA” YANG “BINASA””

  1. Tajuk ini {a-a Lu Dengar} sangat -sangat memerlukan kajian! Kadang-kadang kita selesa gunakan kaedah dalam semua sudut, ada tajuk lain pula yang membatalkan kaedah atau tajuk ini…Penguasaan dua tajuk sangat diperlukan: Homograf dan Kaedah LU DENGAR!

  2. Tuan Sabri,
    Terima kasih atas kunjungan. “Tajuk ini {a-a Lu Dengar} sangat -sangat memerlukan kajian!” Baik, jika Tuan Sabri dapat berikan contoh memudahkan pembaca memahami maksud tuan.

    Tekaan saya, maaf jika salah,
    Barangkali, tuan maksudkan “Tajuk a-a + 12 huruf dan tajuk homograf memerlukan kekuatan menguasai perbendaharaan kata. Wallahu a’lam

  3. Ya! Tuan Haji, salah satu kekuatan untuk menguasai tajuk ini, perbendaharaan kata,sekadar contoh, dulu ejaan gambar + gembar- gembur, sekarang melalui kajian juga ditukar, gambar tiada lagi alifnya. Ada juga sahabat penceramah, menulis bangku ada alif kerana ada istilah bengku, melalui kamus terbaru, bangku tiada alifnya.
    Para rakan guru juga, selesa dengan konsep DARLUNG, rata, baca, namun terkeliru mengapa jaja tiada alif dan kerja ada alif, bagi kita, insya Allah, kita sedia maklum dengan konsep a+a, juga mungkin boleh berkongsi, rakan guru juga selesa dengan DARLUNG, namun bila ada kata ulang, contoh bersama-sama, masih ramai bermasalah. Saya rasa tajuk ini, antara kunci ” jawi sat ada alif, sat tak dak alif”. Sekadar berkongsi pengalaman. Maaf andainya terkhilaf bahasa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s