MENONYOH ATAU MENCALIT TITIK?

“DI MANAKAH letaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah, di kerisnyakah atau di tenaganyakah?” Soal Tukang Nujum Sultan Masai kepada Nujum Pak Belalang. Nujum kesayangan Sultan Syahrul Nizam, Sultan Beringin Rendang. Dengan yakin Nujum Pak Belalang menjawab (setelah memperoleh jawapan bocor) “Kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah terletak pada huruf “Ta”. Jikalau huruf “Ta” ditukar dengan huruf “Ba”, maka sudah tentu Hang Tuah menjadi Hang Buah.”

Dalam bengkel-bengkel yang dikendalikan, saya kerap menekankan betapa pentingnya saiz titik huruf dibesarkan. Jangan dicalit atau sekadar dititik sambil lewa sahaja tetapi mesti di’tonyoh’kan dengan saiz yang besar sungguh-sungguh! Antara titik “ba” dengan “ya” atau”ta” dengan “nun”, tentulah berbeza rupa dan bunyinya. Malah betapa besarnya kesan titik andai berubah atau tersalah pandang disebabkan saiznya. Teguran juga kepada jari-jari yang suka menyambung titik dua dan titik tiga dengan satu garisan lurus dan bengkok. Mata anak-anak kita yang muda dan kecil di belakang tidak seterang dengan mata kita yang ‘rabun’ di hadapan. 
 Maaf, tidak kurang juga yang ‘buta’ langsung duduk titik di rumah huruf yang sebenar. Ramai yang tidak tahu! Cuba lihat bagaimana titik kelima-lima huruf ini iaitu “ba”, “ta”, “tha”, “nun” dan “ya” dalam al-Quran. Percaya atau tidak, kita rajin membaca al-Quran, sayangnya kita tidak rajin memerhatikan kedudukan titik huruf di rumahnya yang betul! Biasakan yang betul!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s