PERSIDANGAN KEBANGSAAN TULISAN JAWI KE-2

Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Kedua 5-6 Disember 2011 ini hasil kerjasama, UPSI dan PNM.  Temanya  ialah “Identiti Seni Khat Melayu”. Tema ini dipilih kerana keperluan terhadap pengkajian tentang identiti seni khat yang melambangkan khat Melayu dengan membandingkan seni khat dari Mesir, khat Thuluth; khat Diwani Jali dari Turki ; khat Syekasteh, Ta’liq dan Nasta’liq dari Iran dan khat Sini dari China.

Selain itu, isu-isu kotemporari tentang cabaran mempertahankan masa depan tulisan Jawi menjadi isu utama untuk diperbincangkan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Jawi/khat di sekolah rendah, sekolah menegah, sekolah agama swasta, di universiti, dalam media massa dan perkembangannya dalam teknologi.

Sayangnya, saat tulisan Jawi sudah tidak ‘dipedulikan’ orang, peserta persidangan pula dikenakan bayaran yang agak lumayan. Bayangkan RM100 pelajar, RM150 dewasa dan RM125 seorang bagi pendaftaran 4 orang berkumpulan dan ke atas.  Seolah-olah, tulisan Jawi diangkat terlalu tinggi untuk golongan bangsawan. Akhirnya dewan persidangan akan menjadi kosong. Hanya sekerat dua sahaja yang menjadi pendengar (Seperti persidangan yang terdahulu) sedangkan rakyat, para  pengamal Jawi/khat semakin terus jauh terpinggir. – Klinik Jawi

2 thoughts on “PERSIDANGAN KEBANGSAAN TULISAN JAWI KE-2”

  1. Terima Kasih tuan atas teguran tajuk kulit buku saya, Ya DBP memang tidak mempunyai kaedah tulisan jawi, Terima kasih sekali lagi, tak sia-sia saya hadiri persidangan jawi nih, selain itu, memang saya nak bertemu dgn tuan dan Tn Hj Hamdan yang banyak mempengaruhi persepsi saya terhadap jawi ( AJYAD ).

  2. Salam Tuan Sabri,
    Terima kasih atas ziarah. Mungkin banyak yang boleh kita bincangkan di sini nanti. Berkunjunglah selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s