MAHIR JAWI DI TV9

SEMALAM Tuan Haji Jalil memaklumkan kepada saya tentang kewujudan program baharu di slot Raudhah TV9 berkaitan dengan pembelajaran Jawi. Saya menunggu dengan bangga program yang dinamai sebagai “Mahir Jawi” setiap hari jam 7.30-8.00 malam.

Sudah dua siri program itu berlangsung yang dihoskan oleh Ustaz Safwan Syafiq bersama-sama dengan 6 orang muridnya.  Sayangnya waktu itu ialah waktu perdana untuk solat Maghrib berjemaah di surau atau masjid dan juga waktu perdana untuk anak-anak belajar mengaji😦

Tahniah kepada penerbitnya Russila Ilmi Hj. Zainal. Yang berkelapangan, ayuh kita menonton! Yang baik, kita panjang-panjangkan, yang buruk, jangan disimpan, mari kita tegur-tegurkan. Moga kebaikannya jatuh ke anak cucu kita. Selamat belajar! – Dr. Jawi

8 thoughts on “MAHIR JAWI DI TV9”

  1. Kalau tayang cerita kartun doraemon,shin chan waktu mghrib tak pulak doktor jawi ni nak bising, kalau cerita Jawi nak pertikai..sempit..

    1. Terima kasih atas ‘sungutan’ Encik Md. Nazim Osman. Bukan ‘bising’ Encik Nazim, sekadar menegur. Tegur tanda sayang. Macam ibu, bising sakan kepada anak “Jangan, jangan!” Katanya. Bising juga tanda sayang, bukan? Kalau Doktor Jawi kerja kat ASTRO, Doktor JAwi pun tegur juga🙂

  2. Untuk Us Nazim, teguran itu biasalah sebagai sebagai pembakar semangat. Tidakkah teguran itu boleh kita buat refleksi terhadap hasil kerja kita. Walau apapun saya ucapkan tahniah kerana ada inisiatf untuk mengadakan rancangan itu..

  3. tahniah kerana rancangan ini diwujudkan untuk menghidupkan dan memperkasakan tulisan jawi d kalangan GENERASI MUDA terutamanya murid2 sekolah rendah yang mana dapat meningkatkan lagi minat mereka untuk menguasainya. Namun diharapkan ustaz Safwan lebih berhati-hati apabila menulis kerana jelas kesalahan pada ejaan suka dlm slot ari isnin 15.10.2011( kalau xsilap). Sila lihat kembali lagu hafiz yang banyak salah eja contohnya “katakan dieja كا تكن sepatutnya كا تا كن

    Jangan ada kesalahan lagi. tolong semak dulu sebelum siar.

  4. ehm bagusla ada rancangan mahir jawi..bagi anak2 zaman sekarang ni semua buta jawi..x tahu baca jawi..anak saya pun dah suka walaupun dia x sampai 2 tahun….klu rancangan kartun x dak plak sapa bising2..x faham la…camna pemikiran sekarang ni..

    1. betui tue…ramai pelajar sekolah menengah yang buta jawi dalam pendidikan islam..marilah kita sama2 buka mata tentang perkara ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s