SEMARAK JAWI

HAMPIR dua minggu ruang ini tidak terisi dengan entri baru. Bulan April yang sibuk dengan Semarak Jawi (Bengkel, Muzakarah dan Seminar) melimpah hingga ke bulan Mei 2011. Sedar atau tidak, sudah hampir setengah tahun, 2011 bergerak pantas!

Ruang yang terbatas ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kerana berjaya menganjurkan Bengkel “Penghayatan Semula Tulisan Jawi”. Inilah kali pertama saya bergandingan dengan Pakar Jawi, Tuan Haji Hamdan bin A. Rahman mengendalikan bengkel. Maaf jika tidak dapat mengawal bengkel dengan baik kerana modul sepenuhnya datang daripada otai Jawi Tuan Haji Hamdan bin A. Rahman.

Awal Mei yang lalu, Semarak Jawi membawa saya bertemu dengan pelatih-pelatih KAGAT di ILMI (Institut Latihan Dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia). Kompleks ILMI di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan dipimpin oleh Komandannya Leftenan Kolonel Ku Ibrahim Najib bin Ku Mohamad. Terima kasih kepada Kapten Haji Suhaimi bin Mohd. Saman atas jemputan dan kepercayaan. Moga program pertama ini bukanlah menjadi pertama dan terakhir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s