(E)RAT = ALIF YA @ ALIF?

KESILAPAN pengamal Jawi biasanya dikesan apabila gagal membezakan antara vokal e pepet dengan e taling. Vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) seperti (e)lok, (e)lak. Za’ba menggunakan istilah ‘bawah kasar’. Manakala huruf e bertanda atas yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet seperti (e)mas, (e)mpat. Za’ba menggunakan istilah atas halus.

Dalam ejaan Jawi, vokal e taling di awal kata, dilambangkan dengan huruf alif dan ya manakala vokal e pepet dilambangkan dengan huruf alif sahaja.  Cuba perhatikan vokal e pada perkataan (e)rat. Adakah berfungsi sebagai vokal e pepet atau e taling? Entri erat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 399) tidak ditandakan vokal ‘e’ nya. Oleh yang demikian, ini bermakna vokal ‘e’ nya ialah e pepet. Maka ejaan yang betul ialah alif. ra. dan ta tanpa huruf ya. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa! – Doktor Jawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s