‘S(A)M.BIL’ DENGAN ALIF?

Jawi

TERKILAN membaca akhbar Utusan Melayu Mingguan, hari ini. Muka hadapannya dengan tajuk “Kerja Sambilan Tambah Pendapatan” terang-terang editornya  ‘tersalah’ mengeja perkataan sambilan menggunakan alif. Andai merujuk DKBM edisi pertama (m/s 1236)  dan DKBM Edisi kedua (m/s 1462), perkatan sambilan dieja tanpa alif! Ini bermakna ejaan sambilan bukanlah ejaan yang bermasalah.

Mengikut kaedah pengejaan Jawi,  /SAM/ ialah suku kata pertama yang tertutup. Dengan lain perkataan, apabila huruf vokal /a/ diapit oleh huruf konsonan (KVK) maka vokal /a/ tidak dilambangkan dengan huruf alif. Maka huruf S lambangnya sin, M lambangnya mim, B lambangnya ba, vokal I lambangnya ya dan huruf L lambangnya lam.

Ruangan Pantau Tegur ini bukan sengaja mahu mencari salah. Kadang-kadang kita terkhilaf. Apakah benar editornya terkhilaf? Andai terkhilaf pada minggu ini, tidaklah menjadi isu. Khilaf itu sifat cuai sebagai manusia. Cuma sedikit terkilan, apabila perkataan sambil turut tersalah eja dalam keluaran yang lalu! – Doktor Jawi.

3 thoughts on “‘S(A)M.BIL’ DENGAN ALIF?”

  1. Salam,
    Tahniah kerana menyediakan platform yang sangat baik. Soalan yang sering timbul ialah mengenai perkataan kerja dengan biasa. Mengapa kerja ada alif dan biasa tidak ada alif?

  2. Salam.
    Yang saya belajar,ia perlu dibezakan sebab termasuk dalam homograf.sambilan vs sembilan. antara lain yang sama jenis dengan kes ini adalah lantik vs lentik.
    Bagaimana pendapat tuan?

  3. Salam Asrul,
    Apa khabar? Terima kasih atas kunjungan ke Klinik Jawi. Terima kasih juga atas perhatian tuan terhadap entri ini.

    Untuk makluman Asrul,
    Kata ‘sambilan’ bukanlah berhomograf dengan nombor ‘sembilan’. Biasanya homograf berlaku kepada kata dasar seperti lantik dengan lentik.

    Cuba perhatikan kata ‘sambilan’. Tentulah kata dasarnya daripada sambil, bukan? Malah tiada pula kata ‘sembil’ untuk berhomograf dengan sambil.

    Doktor Jawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s