BIASAKAN YANG BETUL

DALAM banyak-banyak tajuk yang saya sampaikan kepada peserta kursus Jawi, tajuk penomboran Jawi, sering membuat para peserta tercengang, tidak senang duduk, wajah merusuh, dahi berkerut dan ruang perbincangan mulai hangat. Ramai yang keliru antara nombor Arab dengan nombor Jawi dan bertambah-tambah keliru apabila diperkenalkan dengan sistem nombor Hindi. Selalu saya tinggalkan pesan, “Biasakan yang betul, betulkan yang biasa-biasa!”

Ayuh membaca! Sejarah angka sudah ada di Wikipedia.

Angka Arab ialah sepuluh digit (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9) yang digunakan di dunia Barat yang berevolusi dari angka Arab. Ia diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab dari Afrika Utara. Istilah “angka Arab” (Inggeris: Arabic numerals) masih lagi digunakan sehingga hari ini. Sistem angka Arab dipercayai diadaptasi oleh orang Arab dari sistem angka Hindu purba.

Sistem angka Hindu mula dibangunkan di India sekitar 500 M. Sistem ini mencetus revolusi besar dalam ilmu matematik dengan pengenalan nombor sifar dan tatatanda kedudukan. Ia dianggap satu sistem yang penting kepada pembangunan pesat ilmu matematik. Sistem ini kemudiannya dipelajari oleh ahli Matematik Islam seperti Al-Khawarizmi dan disebarkan ke seluruh dunia Arab pada zaman kegemilangan tamadun Islam. Bentuk Angka ini kemudian berevolusi menjadi “bentuk Eropah” seperti yang digunakan sekarang di seluruh dunia, apabila ia sampai di Maghribi dan Andalusia. Dari sana, ia diperkenalkan pula ke Eropah pada zaman Pertengahan. Angka Arab tersebar ke seluruh dunia melalui perdagangan Eropah, buku-buku dan kolonialisme. Hari ini ia merupakan angka yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Sistem angka yang mengandungi sepuluh digit (٠.١.٢.٣.٤.٥.٦.٧.٨.٩) yang digunakan di dunia Arab, dikenali di Barat sebagai angka Arab timur. Di kalangan orang Arab, angka ini juga dikenali sebagai angka Hindu “, kerana asal usulnya dari India.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s