MILIK DENGAN QAF ATAU KAF?

BENAR kata “milik” ialah kata serapan Arab daripada ma.la.ka. Dalam Daftar Ejaan Melayu yang disusun oleh Za’ba beliau menyenaraikan kata milik dengan ejaan mim.ya.lam.ya.qaf. Beliau kemudian menandakan kata itu dengan ejaan mim.lam.kaf dalam kurungan merujuk asal katanya daripada bahasa Arab dan diberi padanan dengan ejaan rumi “milek”. 

Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, ejaan “milik” mengekalkan ejaan Jawi Za’ba dengan qaf. Oleh kerana ia berbeza, maka saya mengklasifikasikannya sebagai Ejaan Tradisi atau kata asal Arab yang sudah terserap sepenuhnya dalam bahasa Melayu seperti kata sabun, kertas dan lain-lain. Wallahutaala a’lam. Gambar petikan daripada Akhbar Utusan Melayu Mingguan bilangan 415 – Doktor Jawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s