JAWI DI JIWA BUKAN DI PAPAN TANDA

SUDAH jauh tulisan Jawi melangkau sejarah. Kini hanya mampu menempek separuh dada kita di papan tanda jalan dan lebih baik sikit tingginya terpaksa mendongak melihat martabat Jawi di papan-papan iklan atau papan tanda nama kedai.  

Puncanya tulisan Jawi tidak dipaterikan di jiwa kita. Mohon ampunlah kepada Tuhan dek dosa Melayu kita yang selalu lupa itu.  Petikan di bawah oleh Utusan Malaysia 30 Oktober (gambar juga), harus menjadi iktibar kepada kita. – al-kurauwi.

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Papan tanda jalan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi, kata Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

”Dalam konteks papan tanda jalan, DBP berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown.

One thought on “JAWI DI JIWA BUKAN DI PAPAN TANDA”

  1. Mengelirukan. Kenapa hanya dalam tulisan rumi. Kamarul Zaman perlu semak balik kenyataan tersebut.
    Kenapa pula perlu ditulis dalam tulisan Tamil dan Cina di negara ini. Ini bukan tanah China atau negara India, ini negara Melayu yang kini digelar Malaysia.
    Tulisan jawi dan rumilah yang sepatutnya ditulis di papan tanda nama jalan, yang berdasarkan sejarah dan budaya kita. Kenapa tulisan yang berkonotasi asing dan asalnya dibawa pendatang dan ditumpangkan di tanah ini.
    Tulisan Arab tidak ditulis, kenapa… kalau beralaskan sejarah dan budaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s