TULISAN JAWI DI PLUS

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Langkah Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang meletakkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam tulisan jawi di plaza-plaza tolnya di seluruh negara perlu dikekalkan.

Pejuang bahasa Melayu, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, langkah PLUS yang memilih tulisan jawi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengguna lebuh raya patut dipuji.

”Saya berharap langkah berkenaan tidak hanya bermusim seperti pada sambutan Aidilfitri sahaja.

”Tulisan jawi patut diperluaskan penggunaannya pada papan tanda yang terdapat di sepanjang lebuh raya PLUS,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abdul Latiff, plaza tol merupakan lokasi yang paling sesuai untuk mempromosikan tulisan jawi kerana lebuh raya digunakan oleh ribuan pengguna setiap hari.

”Langkah PLUS juga wajar dicontohi oleh syarikat korporat lain kerana ia membantu mengekalkan warisan Melayu yang semakin kurang digunakan.

”Lokasi lain yang patut menggunakan tulisan jawi ialah laluan Touch n Go iaitu menggunakan tulisan jawi yang menyatakan Sentuh dan Lalu,” jelasnya.

Kata Abdul Latiff, tulisan jawi tidak harus dipinggirkan dalam kemajuan penggunaan teknologi.

”Sebaliknya tulisan jawi harus dikekalkan dan digunakan seiring dengan pembangunan dan kemajuan bagi mengekalkan jati diri dan warisan Melayu,” jelasnya.

Tahniah PLUS. Walaupun kecil tetapi lebih baik menjadi pemula daripada tiada langsung usaha! Sumber berita Utusan Malaysia 13 Oktober 2008 – al-Kurauwi

One thought on “TULISAN JAWI DI PLUS”

  1. Menyerlahkan tulisan jawi bermakna menyerlahkan budaya bangsa negara. Tahniah Plus, moga tulisan jawi tidak hanya terserlah pada musiam perayaan bahkan biarlah berterusan menjadi ‘penyejuk mata’ yang melihatnya. Bangga benar saya apabila melihat tulisan jawi ini masih diupayakan di tanah air ini. Benar-benar terharu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s