TULISAN JAWI DIPERTIKAI?

Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta). Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini.

Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.

Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

Artikel di atas ialah luahan saudara Faisal Tehrani dalam blognya Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut

6 thoughts on “TULISAN JAWI DIPERTIKAI?”

  1. Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL
    KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

    Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

    “Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.

    Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

    Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.

    – Bernama

  2. Yang perlu dipertikaikan di sini ialah kewarganegaraan si yang mempertikaikan tulisan Jawi itu. Kenalkah mereka siapa diri mereka asalnya dan tahukah mereka sejarah negara ini. Atau mereka cuba nak hapuskan sejarah dan bina sejarah baru yang bercirikan keimigranan. Maaf. Bangsa Melayu ada sejarahnya tersendiri.

  3. Penerapan tentang ketamadunan Melayu kepada semua rakyat Malaysia. Tiada semangat patriotisme dalam diri mereka. Hanya memikirkan soal masa kini.Tiada sekarang jika tiada yang dahulu. Hak tulisan jawi dan bahasa melayu itu sendiri diperkotak-katikkan oleh bangsa sendiri. Nak bangsa lain menjunjung bahasa dan identiti kita?Harapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s