SEMINAR JAWI KEBANGSAAN

SEMINAR Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 berlangsung 25-27 Ogos 2008 sudah melabuhkan tirainya. Program yang telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam dirasmikan oleh YTM Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibnu Tunku Syed Idrus al-Qadri.

Beliau ialah waris ketujuh dianugerahkan gelaran Tunku Besar Tampin. Gelaran ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, ialah anakanda kepada Tunku Dato’ Syed Idrus.

Kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan,  hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.”Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Selain tokoh perasminya yang menarik dengan dialek dan pepatah negeri, ada beberapa catatan menarik lain dalam program ini.

1. Persembahan montaj dan pelancaran buku. Montajnya penuh dengan kesilapan ejaan Jawi. Saya kira kesilapan tersebut tidak disengajakan. Puncanya, tiada latihan sebelum perasmian. Kes-kes seperti ini sering kali berlaku. Perisian Jawi dalam komputer riba tidak selaras dengan milik urus setia atau pihak hotel.

2. Kehadiran peserta. Mujur majlis perasmian, tetamu yang datang agak mewah. menjelang tengah hari, dewan sudah miskin dengan peserta. Tambah membebankan lagi tentunya bayaran RM400 yang dikenakan kepada peserta perseorangan, menyusutkan lagi jumlah. Yang tidak menjadi peserta berpusu-pusu pulang setelah kenyang.

3. Jawi dan Pembentangan Selari. Sudahlah Jawi ramai yang tidak peduli. Lebih menakjubkan, program Jawi seperti ini dibuat pembentangan selari. Maknanya, satu masa tiga sesi pembentangan serentak untuk memungkinkan 50 kertas kerja disampaikan. Maka Kuantiti melebihi kualiti.

3 thoughts on “SEMINAR JAWI KEBANGSAAN”

  1. Dilihat pada latar pentas seminar pun tidak ada tulisan jawi. Kenapa sampai begitu sekali. Walau bagaimanapun tahniah atas kesudian pihak tertentu yang menaja seminar Jawi kali ini. Tulisan Jawi warisan kita yang perlu dipertahan dan diperkasakan. Orang Melayu amat bertuah kerana bahasanya dapat ditulis dalam dua tulisan. Tulisan Jawi wajar disyaratkan sebagai warisan negara dan menjadi tulisan wajib pada setiap papan tanda sama ada di premis perniagaan, label produk, kepala surat, dan di mana-mana jua yang difirkan wajar. Sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi negara Brunai dalam mendaulatkannya.

  2. Terima kasih Saudara Awang,

    Terima kasih kerana menjadi orang pertama menghantar komen-komen yang baik seperti ini.

    Salam Jawi dan Salam Ramadan al-Mubarak

  3. Tahniah di atas kejayaan penganjuran Seminar Jawi Kebangsaan. Saya difahamkan sebanyak 45 kertas kerja dibentangkan. Semua pembentang dikenakan RM400 seorang. Ia berbaloi kepada penyandang tugas pengajar di universiti kerana dapat mencatatkan pencapaian masing-masing bertaraf pada peringkat seminar kebangsaan yang amat membanggakan. Lim Kit Siang pernah menyelar seorang Naib Canselor wanita di Universiti tempatan kerana tidak mencapai 15 kali rekod pembentangan seminar, walaupun demikian, beliau berjaya dilantik juga. Ternyata seminar ini memberikan impak besar terhadap memartabatkan Pembentang Seminar Jawi. Bagaimanapun semua pihak perlu bekerja secara bersepadu untuk memartabatkan tulisan Jawi dengan usaha yang bersungguh-sungguh agar (PEJYD) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan benar-benar disebarluaskan di kalangan masyarakat. Itulah pengisian usaha memartabatkan jawi yang sebanar. DBP dan KEKKWA janganlah lari drpd tanggungjawab ini, pikullah amanah betul-betul bukannya dengan menaja kos anjuran sahaja tetapi berikan input idea untuk menambahbaikkan lagi berkesanan dalam penyebaran ilmu Jawi ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s