“KENAPA letakkan huruf hamzah selepas ber?” Tanya seorang kawan. Setelah Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi, bertubi rakan-rakan baharu bertanya khabar. Maaf lambat saya menjawabnya. Banyak tuntutan fardu lain yang terpaksa didahulukan. “Adakah wujud hukum baharu selepas persidangan?” Tanya kawan itu lagi. “Seolah-olah selepas kata dasar yang diawali dengan huruf alif hendaklah diletakkan hamzah?” Rungutnya lagi. Saya jawab, tiada hukum hamzah bertopi alif [ber + alif] Kalau tak percaya, cuba lihat apa kata Za’ba.
KLINIK JAWI
IBNU AHMAD AL-KURAUWI
- SEBAKMAKHLUK yang bernama sebak tiba-tiba sahaja mengulit dada saya saat pertemuan tengah hari itu telah ditandai oleh noktah untuk berpisah. Kata mereka, demi tugas mereka terpaksa meninggalkan majlis ilmu ini. Mungkin selama-lamanya. Mereka menuntut reda guru, sesal berpisah menggugu-gugu. “Jangan ucapkan selamat tinggal,” pujuk saya. Bacaan kami de […]
RAHSIA EJAAN JAWI
Pada tahun 1918 Za'ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi - Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)"
Dalam mengajar bagaimana mengeja perkataan dalam tulisan Jawi, beliau menggabungkan prinsip-prinsip fonetik, morfologi dan grafologi. Beliau mempertahankan prinsip bahawa tulisan Jawi merupakan tulisan silabari (syllabary), bukan seperti sistem tulisan Rumi yang sekarang kita kenal sebagai sistem grafemik. - Asmah Haji Omar
PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI
Daftar Ejaan Rumi - Jawi (1999) memuatkan senarai perkataan umum dalam bahasa Melayu dalam kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi. Dalam penyusunan Daftar ini, buku-buku penting yang digunakan sebagai rujukan termasuklah Daftar Ejaan Melayu (Za'ba), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP), Kamus Dewan, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dan Istilah Agama Islam (DBP)
DKBM EDISI PERTAMA
Penerbitan Daftar Kata Bahasa Melayu (2004) mengambil kira makluman balas yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk teguran, dan pandangan daripada para pengguna. Maklumat ini telah digunakan untuk memperbaiki dan memperlengkap sistem ejaan Rumi, sistem sebutan baku dan sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.
DKBM EDISI KEDUA
Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi kedua merupakan kesinambungan daripada terbitan DKBM yang awal. Buku ini mengandungi satu daftar kata, satu panduan pengguna dan tiga pedoman umum (Pedoman Ejaan Rumi, Pedoman Sebutan Baku dan Pedoman Ejaan Jawi). Lampiran berupa kata-kata yang tergolong dalam satu kelompok turut ditambah. Bagi memenuhi hasrat untuk memperkaya dan memperkasakan tulisan Jawi, jumlah entri telah ditambah iaitu lebih daripada 58 000 kata, termasuk lebih daripada 8200 kata tambahan. Hal demikian ini disebabkan berlakunya pertambahan perbendaharaan kata yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4.
Recent Posts
Recent Comments
- Bintu Muhammad on NILAI POP KEPADA JAWI
- talibramli on SYAIR ALIF BA TA
- mira on MAHIR JAWI MENGELIRUKAN?
- saadiah on MAHIR JAWI DI TV9
- penduduk bumi on TULISAN JAWI DIPERTIKAI?
Category Cloud
Popular
Blogroll
Tulisan Terbaik
Flickr Photos
|









Mantap jawapan yang diberikan, Apatah lagi, visual soalan yg memikat…..
Salam Praktis Jawi,
Terima kasih atas kunjungan.