MAHIR JAWI MENGELIRUKAN?

SAYA sudah menonton Program Mahir Jawi TV9 yang bersiaran setiap hari dari jam 7.30 malam hingga 8.00 malam. Baik dari Promo hingga ke episod ke-5. Banyak sungutan daripada guru dan pengamal Jawi tentang kesalahan ejaan Jawinya yang bukan sedikit. Berikut saya perturunkan antara kesilapan yang berlaku dalam setiap episod seperti yang berikut:

Promo: Ejaan ‘rancangan’ disebut [ra.nun.ca.alif.nga.nun] Kesalahan tidak meletakkan huruf alif di antara ra dengan nun serta menambah huruf alif di antara ca dengan nga. Promonya di sini.

Episod 1

Kesalahan mengeja perkataan kuat sepatutnya dieja dengan huruf qaf

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-2

Kesalahan ketara pada ejaan jingga dan bahasa. Kedua-dua ejaan tidak memakai huruf alif.

 

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-3

Kesalahan pada mengeja perkataan persembahan sepatutnya tidak ada alif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-4

Kesalahan berlaku apabila ‘ustaz’ mengesahkan ejaan askar yang ditulis oleh muridnya. Sedangkan ejaan yang sebenar tidak memakai huruf ain. Malah label pekerjaan turut salah ejaannya.

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-5

Ada tiga kesalahan ejaan pada segmen di bawah iaitu umpama (tidak ada huruf alif di belakang), ais (tidak ada huruf hamzah di antara alif dengan ya) dan cair  (Hamzah di antara alif dengan ya, bukan di bawah alif).

 

 

 

 

 

 

 

 

Ternyata setelah lima episod berlalu, banyak perkataan yang dikemukakan, dikuizkan serta disebut oleh pengacara mengelirukan. Bertanya, merujuk dan meminta nasihat kepada yang tahu, pasti tidak keliru. – Doktor Jawi

Advertisement

9 Responses to “MAHIR JAWI MENGELIRUKAN?”


  1. 1 Mohd Safwan Syafiq September 11, 2011 at 1:33 pm

    Salam…
    terima kasih atas teguran membina..insyaallah ada beberapa perkara yg akan diperbetulkan…di sini sy ingin menyatakan tentang perkara2 yg dikomen di atas..
    EPISOD 1-perkataan ‘kuat’ itu dr petikan bahasa melayu,maka penggunaan ‘kuat’ sy letakkan huruf ‘kaf’ kerana penggunaan huruf ‘qaf’ hanya untuk ‘perkataan pinjaman bahasa arab’ dan di akhir perkataan andainya perkataan itu bahasa melayu,contohnya ejaan ‘mak’ alif mim qaf sebaliknya ‘teks’ ta ya kaf sin kerana perkataan ‘teks’ dari perkataan pinjaman bahasa inggeris..ini yg saya pelajari,maaf jika ada kesalahan,tegur2 lah..
    EPISOD 2-ejaan ‘jingga’ dan ‘bahasa’ dieja oleh pengurusan menggunakan software jawi yg ditukarkan secara automatik,maka ada sdikit kesalahan yg berlaku…maaf~
    EPISOD 3-ejaan ‘persembahan’ ini sedikit mengelirukan kerana apa yg saya pelajari dan saya baca,perkataan yg terdiri dr ‘suku kata tertutup’ tidak perlu ada alif,dan sstgh perkataan ‘suku kata terbuka’ perlu diletakkan alif melainkan kaf dan ga yg dikecualikan,sstgh perkataan hujung dan yang dikekalkan,jadi ejaan persembahan disebut menurut suku kata adalah per,sem,ba,han,jadi sy translitkan pa ro,sin mim,ba alif,dan ha nun..
    EPISOD 4-perkataan askar itu saya akui mmg terletak huruf ‘ain’ ttapi sperti sy katakan tadi,ia mengelirukan kerana perkataan ain itu adalah perkataan arab dan jika ia diletakkan di awal huruf,apakah kita sebutkan makhraj/sebutan ‘askar’ itu dengan makhraj ‘alif’ atau ‘ain’?harap bantuan untuk jelaskan…bagi perkataan pekerjaan pula,sperti sy katakan td disediakan oleh pihak pengurusan dan translit oleh software yg digunakan,insyaallah akan diubah kelak…
    EPISOD 5-untuk penjelasan ini,sama seperti yg saya katakan di atas,ditaip dan ditranslitkan oleh software yg digunakan,insyaallah akan diperbaiki dan jika perlu semua perkataan itu akan kami cuba taip sendiri satu persatu…

    Terima kasih atas teguran yang diberikan,banyak penggunaan jawi seperti jawi lama,jawi baru,jawi za’ba,jawi dewan bahasa pustaka,jawi pak matlub,jawi indonesia yang muncul,jadi kadangkala ada pihak keliru dengan apa yg dipelajari berlainan dengan apa yg disampaikan,harap2 dapat berkongsi pendapat dan ilmu bagi memantapkan tulisan jawi di kalangan masyarakat pada masa hadapan,Insyaallah…
    apa yg baik datangnya dari ALLAH swt dan salah dan silapnya datang dari saya dan pihak kami,Wallahua’lam… – Mohd Safwan Syafiq -

    • 2 mira January 26, 2012 at 12:45 am

      hehehe saya suka mahir jawi nie harap ada lagi untuk tahun ini
      pasal kesalahan tu tak yah risau kerana semua manusia buat kesilapan tak de yang sempurnanya.
      kita blajar dr kesilapan je hehehe

  2. 3 atiq September 12, 2011 at 1:11 am

    salam… eja pekerjaan yg sebenar bagaimana ya.

  3. 4 Md. Nazim Osman September 13, 2011 at 7:01 am

    salam..doktor jawi patut bersyukur sebab ada juga pihak yang nak hidupkan balik jawi yang dah orang lupakan..kalau tak tahu jawi macam mana nak tahu al quran..biasa la tu ada kesilapan sikit2..drpd nak pertikai bai tahu skit2 drpd tak tahu langsung..

    • 5 ibnuahmadalkurauwi September 13, 2011 at 7:55 am

      Salam Md. Nazim.
      Syukur Alhamdulillah. Memang dah bagi kredit awal-awal lagi. Cuma untuk makluman, bukan program ‘Mahir Jawi’ sahaja satu-satunya yang hidupkan balik tulisan Jawi. Guru di sekolah sedang bertungkus lumus memahamkan anak murid melalui jQAF, Utusan Melayu Mingguan juga, Perpustakaan Negara juga turut sama berusaha. Terima kasih atas usaha semua.

  4. 6 Md. Nazim Osman September 13, 2011 at 7:05 am

    sekarang banyak perkataan jawi baru..bende kecik gak yang nnk pertikai..yang orang tak tahu langsung pasal jawi tak ada lak doktor ni nak pertikai..

    • 7 ibnuahmadalkurauwi September 13, 2011 at 7:50 am

      Terima kasih atas pengakuan Encik Md. Nazim. Betul, banyak yang baru. Kalau dah akui, kenalah belajar. Kalau tak mahu belajar, banyakkan bertanya. Kalau dah bertanya tentulah tidak ‘sesat’ jalan. Tak begitu?

      • 8 nj October 18, 2011 at 10:53 am

        saya cadangkan agar program ini ditangguhkan dan diperbetulkan dulu untuk mengelakkan lagi banyak kesalahan yang disiarkan. Bagi us. Safwan, memang byk ejaan yang telah diperkenalkan dalam tulisan jawi tapi kena wat kajian juga penggunaan tulisan jawi yang sedang diperkasakan di sekolah rendah. Apa yang sy lihat us keliru dengan perkataan pinjaman bhs arab dan perkataan pinjaman bhs ing serta perkataan yang dimasukkan imbuhan..jgn buat kekeliruan lagi tuk anak2 kami.
        Bagi en. nazim….mahir jawi di siarkan seluruh Malaysia dan ini bkn satu perkara yang kecik…menyampaikan ilmu yang betul barulah dapat saham akhirat….InsyaAllah.

  5. 9 saadiah November 18, 2011 at 1:33 pm

    ehm..bukan semua perkataan salah..kadang2 sistem terjemahan rumi ke jawi ada yang salah….kita berlajar dari kesilapan..jawi pun ada banyak yang baru dan lama…

    kita sama2 la sokong rancangan ilmiah ini sebab dah banyak sangat pengaruh yang tidak baik. lagi pun rancangan ini menarik kanak-kanak kecil untuk berlajar jawi..

    ramai remaja sekarang yang tidak tahu membaca jawi jauh sekalila al-Quran…

    teruskan lagi rancangan ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




 

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

KLINIK JAWI

Khidmat Nasihat atau Pembimbing Program Jawi
Hubungi:

Haji Azman Haji Ahmad,
Pegawai Perancang Bahasa,
Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran,
Tingkat 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa 50460,
Kuala Lumpur.

03 21482550 telefon
03 21447269 faks
azman_a@dbp.gov.my e-mel

RSS IBNU AHMAD AL-KURAUWI

  • SEBAK
    MAKHLUK yang bernama sebak tiba-tiba sahaja mengulit dada saya saat pertemuan tengah hari itu telah ditandai oleh noktah untuk berpisah. Kata mereka, demi tugas mereka terpaksa meninggalkan majlis ilmu ini. Mungkin selama-lamanya. Mereka menuntut reda guru, sesal berpisah menggugu-gugu. “Jangan ucapkan selamat tinggal,” pujuk saya. Bacaan kami de […]

RAHSIA EJAAN JAWI

Pada tahun 1918 Za'ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi - Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)"

Dalam mengajar bagaimana mengeja perkataan dalam tulisan Jawi, beliau menggabungkan prinsip-prinsip fonetik, morfologi dan grafologi. Beliau mempertahankan prinsip bahawa tulisan Jawi merupakan tulisan silabari (syllabary), bukan seperti sistem tulisan Rumi yang sekarang kita kenal sebagai sistem grafemik. - Asmah Haji Omar

PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986) ini dihasilkan setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za'ba (1939) dan di dalamnya terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan, dimantapkan, diubahsuaikan, dan diperbaharui daripada Daftar Za'ba.

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

Daftar Ejaan Rumi - Jawi (1999) memuatkan senarai perkataan umum dalam bahasa Melayu dalam kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi. Dalam penyusunan Daftar ini, buku-buku penting yang digunakan sebagai rujukan termasuklah Daftar Ejaan Melayu (Za'ba), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP), Kamus Dewan, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dan Istilah Agama Islam (DBP)

DKBM EDISI PERTAMA

Penerbitan Daftar Kata Bahasa Melayu (2004) mengambil kira makluman balas yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk teguran, dan pandangan daripada para pengguna. Maklumat ini telah digunakan untuk memperbaiki dan memperlengkap sistem ejaan Rumi, sistem sebutan baku dan sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.

DKBM EDISI KEDUA

Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi kedua merupakan kesinambungan daripada terbitan DKBM yang awal. Buku ini mengandungi satu daftar kata, satu panduan pengguna dan tiga pedoman umum (Pedoman Ejaan Rumi, Pedoman Sebutan Baku dan Pedoman Ejaan Jawi). Lampiran berupa kata-kata yang tergolong dalam satu kelompok turut ditambah. Bagi memenuhi hasrat untuk memperkaya dan memperkasakan tulisan Jawi, jumlah entri telah ditambah iaitu lebih daripada 58 000 kata, termasuk lebih daripada 8200 kata tambahan. Hal demikian ini disebabkan berlakunya pertambahan perbendaharaan kata yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4.

Tulisan Terbaik

Flickr Photos

float

More Photos

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.