Arkib untuk September 2011

KURSUS JAWI DI PNM

19-21 September 2011 Doktor Jawi akan berada di Perpustakaan Negara Malaysia selama tiga hari. Di sana nanti akan berlangsung “Kursus Kemahiran Ejaan Jawi’ . Peserta-peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Perpustakaan Negara Malaysia sendiri, pustakawan dan orang awam seluruh Malaysia. Selamat belajar. Moga bersemaraklah Jawi!

SYOR EJAWI.NET

PENGASAS EJAWI.NET  Nik Muhammad Nik Abdul Kadir ada jawapan mengapa kerap berlakunya kesilapan ejaan bagi pengamal Jawi dek terlalu bergantung kepada mesin pengimbas Jawi:

Oleh sebab tajuk di atas tu menyentuh ejawi.net,  jadi biarlah tuan punya yang memberi komen sedikit.

 Pertama, terima kasih kerana merujuk ejawi.net jika sekiranya berkaitan untuk mengeja jawi walaupun terdapat banyak enjin transliterasi yang lain (UKM, DBP dll).

Kedua, contoh perbandingan yang digunakan di atas (di sini) ialah ejawi versi 2 yang menggunakan kaedah algoritma sahaja yang dibangunkan dengan merujuk kepada formula DBP. Oleh itu, banyak ejaan yang tidak tepat akan dijumpai sekiranya anda menggunakan transliterasi ini. Ejawi sebenarnya telah menggabungkan kaedah algoritma dengan daftar kata jawi yang boleh digunakan dalam VERSI 3 (http://www.ejawi.net/v3/index?e=converter). Dengan menggunakan kaedah GABUNGAN TEKNIK, maka peratusan transliterasi yang tepat akan lebih tinggi. Bagaimanapun, sepertimana yang dimaklumi, ianya tidak akan mencapai 100% tepat khususnya kata serapan Arab seperti nama, istilah dan yang seumpamanya.

Ketiga, walaupun saya sudah letak peringatan supaya semak kembali ejaan yang diimbas, tetapi kebanyakkan pengguna terus menggunapakai ejaan tanpa sebarang semakan dahulu.

Keempat, bentuk huruf kaf lebih kepada teknikal, oleh sebab unicode mempunyai variasi yang pelbagai untuk setiap bentuk huruf. Tapi versi 3 saya dah kemaskini kepada kod yang lebih tepat.

Nah, setelah tuan punya tubuh sudi menjelaskan panjang lebar, maka tiada alasan lagi untuk kita tidak merujuk, bertanya dan meminta nasihat. Pesan Nabi, “Sebaik-baik manusia itu, yang menunjukkan kepada manusia akan kebaikan” – Doktor Jawi.

 

HILANGNYA MAJALAH “APA DIA”.

SETELAH sembilan keluaran akhirnya Majalah ‘Apa Dia’ ditunjukkan jalan keluar oleh dunia penerbitan tanah air kita. Kejam, bukan? Majalah ‘Apa Dia’ lahir ketika tulisan Jawi semakin nazak. Hidup segan mati tak mahu.

Barangkali awam tidak menyedari kehadiran majalah ini.Datangnya tidak disedari dan akhirnya pergi tidak kembali. Saya menghargai kehadiran majalah ini sama seperti saya mengkagumi kemunculan program “Mahir Jawi” di TV9. Bezanya, majalah ini mempunyai pakej yang sangat cantik baik dari sudut kandungan, reka letak hatta ejaan Jawinya menepati Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

Harapan kita, Majalah ‘Apa Dia’ akan hilang seketika cuma. Biarpun “Apa Dia” tidak mendapat dana besar daripada kerajaan seperti Utusan Melayu Mingguan, usaha menghidupkan majalah ini semula wajar mendapat perhatian kita, seperti harapan penerbitnya:

Adalah menjadi harapan dengan penerbitan majalah ‘Apa Dia’ akan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar yang boleh menguasai Jawi dalam pembelajaran mereka. Kami juga berharap penerbitan majalah ini dapat membantu pihak ibu bapa dan guru-guru dalam usaha untuk mendidik anak-anak supaya mahir membaca dan menulis Jawi. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi.” – Synergymate Sdn. Bhd.

MAHIR JAWI MENGELIRUKAN?

SAYA sudah menonton Program Mahir Jawi TV9 yang bersiaran setiap hari dari jam 7.30 malam hingga 8.00 malam. Baik dari Promo hingga ke episod ke-5. Banyak sungutan daripada guru dan pengamal Jawi tentang kesalahan ejaan Jawinya yang bukan sedikit. Berikut saya perturunkan antara kesilapan yang berlaku dalam setiap episod seperti yang berikut:

Promo: Ejaan ‘rancangan’ disebut [ra.nun.ca.alif.nga.nun] Kesalahan tidak meletakkan huruf alif di antara ra dengan nun serta menambah huruf alif di antara ca dengan nga. Promonya di sini.

Episod 1

Kesalahan mengeja perkataan kuat sepatutnya dieja dengan huruf qaf

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-2

Kesalahan ketara pada ejaan jingga dan bahasa. Kedua-dua ejaan tidak memakai huruf alif.

 

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-3

Kesalahan pada mengeja perkataan persembahan sepatutnya tidak ada alif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-4

Kesalahan berlaku apabila ‘ustaz’ mengesahkan ejaan askar yang ditulis oleh muridnya. Sedangkan ejaan yang sebenar tidak memakai huruf ain. Malah label pekerjaan turut salah ejaannya.

 

 

 

 

 

 

 

Episod ke-5

Ada tiga kesalahan ejaan pada segmen di bawah iaitu umpama (tidak ada huruf alif di belakang), ais (tidak ada huruf hamzah di antara alif dengan ya) dan cair  (Hamzah di antara alif dengan ya, bukan di bawah alif).

 

 

 

 

 

 

 

 

Ternyata setelah lima episod berlalu, banyak perkataan yang dikemukakan, dikuizkan serta disebut oleh pengacara mengelirukan. Bertanya, merujuk dan meminta nasihat kepada yang tahu, pasti tidak keliru. – Doktor Jawi

MAHIR JAWI DI TV9

SEMALAM Tuan Haji Jalil memaklumkan kepada saya tentang kewujudan program baharu di slot Raudhah TV9 berkaitan dengan pembelajaran Jawi. Saya menunggu dengan bangga program yang dinamai sebagai “Mahir Jawi” setiap hari jam 7.30-8.00 malam.

Sudah dua siri program itu berlangsung yang dihoskan oleh Ustaz Safwan Syafiq bersama-sama dengan 6 orang muridnya.  Sayangnya waktu itu ialah waktu perdana untuk solat Maghrib berjemaah di surau atau masjid dan juga waktu perdana untuk anak-anak belajar mengaji :(

Tahniah kepada penerbitnya Russila Ilmi Hj. Zainal. Yang berkelapangan, ayuh kita menonton! Yang baik, kita panjang-panjangkan, yang buruk, jangan disimpan, mari kita tegur-tegurkan. Moga kebaikannya jatuh ke anak cucu kita. Selamat belajar! – Dr. Jawi


September 2011
I S R K J S A
« Ogo   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

BAHASA JIWA BANGSA

KLINIK JAWI DI RADIO

Temui saya dan DJ Muhammad Suffian di Klinik Jawi, setiap Sabtu, jam 10 pagi di IKIM.fm

JAWI DI DEWAN PELAJAR

Menjadi kolumnis di Majalah Dewan Pelajar yang memuatkan ruangan Belajar Jawi.

Maklum balas menerusi e-mel: azman_a@dbp.gov.my

RSS AL-KURAUWI

  • KENANGAN RAMADAN
    MENGHITUNG HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN yang semakin menyusut, hati tiba-tiba sebak. Sebak yang bukan sedikit. Sebak yang sungguh-sungguh. Semalam, ketika bersama-sama jemaah menanti waktu berbuka di surau, hati terkenangkan sosok-sosok tubuh Jemaah yang sudah dijemput pulang ke rahmat Ilahi. Hati terkenang-kenang dan mulut pun menyebut-nyebut nama arwah sekia […]

RAHSIA EJAAN JAWI

Pada tahun 1918 Za'ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi - Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)"

Dalam mengajar bagaimana mengeja perkataan dalam tulisan Jawi, beliau menggabungkan prinsip-prinsip fonetik, morfologi dan grafologi. Beliau mempertahankan prinsip bahawa tulisan Jawi merupakan tulisan silabari (syllabary), bukan seperti sistem tulisan Rumi yang sekarang kita kenal sebagai sistem grafemik. - Asmah Haji Omar

PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986) ini dihasilkan setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za'ba (1939) dan di dalamnya terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan, dimantapkan, diubahsuaikan, dan diperbaharui daripada Daftar Za'ba.

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

Daftar Ejaan Rumi - Jawi (1999) memuatkan senarai perkataan umum dalam bahasa Melayu dalam kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi. Dalam penyusunan Daftar ini, buku-buku penting yang digunakan sebagai rujukan termasuklah Daftar Ejaan Melayu (Za'ba), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP), Kamus Dewan, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dan Istilah Agama Islam (DBP)

DKBM EDISI PERTAMA

Penerbitan Daftar Kata Bahasa Melayu (2004) mengambil kira makluman balas yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk teguran, dan pandangan daripada para pengguna. Maklumat ini telah digunakan untuk memperbaiki dan memperlengkap sistem ejaan Rumi, sistem sebutan baku dan sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.

DKBM EDISI KEDUA

Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi kedua merupakan kesinambungan daripada terbitan DKBM yang awal. Buku ini mengandungi satu daftar kata, satu panduan pengguna dan tiga pedoman umum (Pedoman Ejaan Rumi, Pedoman Sebutan Baku dan Pedoman Ejaan Jawi). Lampiran berupa kata-kata yang tergolong dalam satu kelompok turut ditambah. Bagi memenuhi hasrat untuk memperkaya dan memperkasakan tulisan Jawi, jumlah entri telah ditambah iaitu lebih daripada 58 000 kata, termasuk lebih daripada 8200 kata tambahan. Hal demikian ini disebabkan berlakunya pertambahan perbendaharaan kata yang terdapat di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4.

Popular

  • Tiada

Tulisan Terbaik

Flickr Photos

More Photos

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.